fb fb fb fb fb

Kebakaran hutan, ratusan penduduk Sepanyol dipindahkan

Foto X / Volcaholic

MADRID, 3 November- Ratusan penduduk dipindahkan selepas berlaku kebakaran hutan di perkampungan Montichelvo di Valencia, Sepanyol.

Menerusi perkhidmatan kecemasan di X, 1,400 hektar (3,500 ekar) hutan telah terjejas setakat ini.

"Lebih 600 orang telah dipindahkan, termasuk pesakit sebuah pusat kesihatan mental di Kampung Ador.

"Tiupan angin kencang menyukarkan operasi pemadaman kebakaran tersebut," katanya.

Khamis lalu, Sepanyol dilanda angin kencang berpunca daripada Ribut Cieran yang melanda Eropah Barat.

Ribut Cieran menyebabkan sekurang-kurangnya 10 kematian termasuk seorang wanita berusia 23 tahun yang maut dihempap ​​pokok tumbang di Madrid. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM