MOSCOW, 12 Mei- Serangan dron Ukraine terkena kilang penapisan minyak di wilayah Volgograd menyebabkan kebakaran di kilang itu, kata gabenor wilayah itu hari ini.
Kementerian pertahanan Rusia berkata lapan serangan dron semalaman telah dipintas, termasuk satu di wilayah selatan Volgograd.
"Pada malam 12 Mei, pertahanan udara dan pasukan peperangan elektronik melawan dron di wilayah Volgograd," tulis gabenor Andrey Bocharov di Telegram.
"Akibat daripada kejatuhan dron diikuti dengan letupan menyebabkan kebakaran di tapak penapisan minyak Volgograd," tambahnya.
Bocharov berkata kebakaran telah dipadamkan dan tiada mangsa terlibat.
Dimiliki oleh Lukoil, kilang penapisan minyak Volgograd adalah pengeluar produk minyak terbesar di barat daya Rusia.
Ukraine telah memperhebatkan serangan dronnya tahun ini kerana ia berusaha untuk mengatasi kekurangan peralatan ketenteraan dan tenaga kerja setelah lebih dua tahun sejak Rusia melancarkan serangan tentera terhadap negara jirannya itu.
Ketika Ukraine melancarkan serangan di kawasan yang dikuasai Rusia, kemudahan tenaga telah menjadi sasaran utama.
Ukraine berkata serangan itu sebagai tindak balas terhadap sasaran Rusia terhadap orang awam.-AFP