fb fb fb fb fb

Israel terus serang tentera Hamas di seluruh Gaza

Suar dijatuhkan ke Gaza, selepas gencatan senjata antara Israel dan Hamas/REUTERS

GAZA, 4 Disember- Tentera Israel menyerang seluruh Gaza bagi memerangi tentera Hamas di seluruh kawasan itu.

Serangan darat yang dirancangnya di selatan itu telah bermula ketika pengeboman Israel membunuh dan mencederakan berpuluh-puluh rakyat Palestin.

Peperanga itu berakhir pada Jumaat berikutan gencatan senjata yang dilakukan antara tentera Israel dan Hamas. Gencatan itu membenarkan pembebasan 240 tahanan Palestin oleh Israel.

Keganasan terbaharu berlaku walaupun terdapat gesaan daripada

Amerika Syarikat menggesa Israel untuk menghentikan serangan agar dapat mengurangkan bahaya kepada penduduk Palestin kerana dalam fasa baharu serangannya ia tertumpu di selatan.

Penduduk Gaza bimbang dengan serangan darat yang dilakukan Israel di kawasan selatan akan berlaku.

Kereta kebal telah memasuki jalan antara Khan Younis dan Deir Al-Balah di tengah Gaza.

Israel berkata ia kononnya mengarahkan "kawasan selamat" untuk penduduk Gaza bagi mengurangkan bahaya kepada mereka.

Bagaimnaapun pegawai PBB dan penduduk di Gaza sukar untuk menerima arahan berikutan capaian internet dan bekalan elektrik yang terputus hubungan.

Pegawai Hamas Osama Hamdan berkata, "tiada kawasan selamat."

Pengeboman dari pesawat perang tertumpu di Khan Younis dan Rafah. Hospital juga mengalami kesesakan dengan kemasukan lebih ramai penduduk yang cedera berikutan serangan yang dilancarkan Israel.

Jurucakap kerajaan Israel Eylon Levy berkata, tentera menyerang lebih 400 sasaran pada hujung minggu "termasuk serangan udara meluas di kawasan Khan Younis." Serangan itu membunuh tentera Hamas dan memusnahkan infrastruktur di Beit Lahiya di bahagian utara.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI