fb fb fb fb fb

IMF gesa G20 bergerak lebih cepat dalam pelepasan hutang

FOTO AFP

WASHINGTON, 17 Februari - Negara-negara maju digesa segera memberi pelepasan hutang kepada negara membangun yang kini terkesan akibat pandemik COVID-19.

Gesaan dibuat Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva.

Menerusi mesej kepada Menteri Kewangan Kumpulan 20 (G20) dan bank pusat yang berhimpun di Jakarta minggu ini, Georgieva memberi amaran bahawa kesan buruk berlaku jika mereka gagal berbuat demikian.

"Kami menganggarkan kira-kira 60% negara berpendapatan rendah berisiko tinggi berdepan masalah hutang. Ini dan banyak lagi ekonomi lain akan memerlukan untuk menangani hutang dengan segera," katanya.

Semasa pandemik COVID-19, G20 telah melaksanakan Inisiatif Penggantungan Perkhidmatan Hutang bagi membantu negara terlibat meningkatkan pinjaman untuk menangani krisis kesihatan dan ekonomi.

Tetapi program itu telah berakhir pada Disember lalu.-AFP

Media Baharu