fb fb fb fb fb

Filipina setuju cadangan pindah tahanan Mary Jane Veloso

Ahli keluarga Mary Jane Veloso, memegang sepanduk memohon bantuan daripada Presiden Filipina Benigno Aquino di hadapan ibu pejabat Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila/ REUTERS

JAKARTA, 6 Disember- Filipina bersetuju dengan cadangan prosedur bagi penghantaran pulang seorang wanita negara itu yang dijatuhi hukuman mati kerana mengedar dadah, kata Menteri Penyelaras Undang-Undang, Hak Asasi Manusia, Imigresen dan Hal Ehwal Penjara Yusril Ihza Mahendra.

Yusril memaklumkan bahawa dia dan rakan sejawatannya dari Filipina akan menandatangani perjanjian berkenaan pada Jumaat, dan banduan itu, Mary Jane Veloso, boleh pulang ke negara asalnya sebelum Krismas.

"Seperti yang diarahkan oleh Presiden Indonesia Prabowo Subianto, jika boleh, kita boleh menyelesaikan kes ini sebelum Krismas," kata Yusril.

Pada November, Indonesia bersetuju untuk menghantar pulang Veloso seorang pembantu rumah dan ibu kepada dua anak, yang ditahan di Yogyakarta pada 2010 selepas ditemui bersama 2.6 kilogram heroin yang disembunyikan dalam beg pakaian.

Dia menerima penangguhan hukuman pada saat-saat akhir daripada pelaksanaan pada 2015.

Yusril berkata Filipina bersetuju dengan beberapa terma yang dicadangkan Indonesia, termasuk menghormati hukuman mahkamah Indonesia terhadap Veloso dan statusnya sebagai banduan di Indonesia.

Indonesia juga akan menghormati sebarang keputusan yang dibuat Filipina selepas Veloso pulang ke tanah air, termasuk sekiranya diberi pengampunan.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI