fb fb fb fb fb

Lima pekerja badan amal WCK maut dibom Israel

Salah seorang sukarelawan asing yang terkorban akibat dibom Israel semalam/Reuters

PALESTIN, 2 April- Empat sukarelawan asing antara lima yang terbunuh di Gaza dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kenderaan mereka, semalam.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan, lima mangsa tersebut telah dikejarkan ke sebuah hospital di Deir el-Balah, tengah Gaza selepas kenderaan milik organisasi Amerika Syarikat (AS), "World Central Kitchen (WCK)" itu dibom oleh pihak zionis.

“Mereka memegang kewarganegaraan British, Australia dan Poland, dengan kewarganegaraan keempat tidak diketahui,” katanya dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa korban kelima adalah pemandu dan penterjemah bahasa warga Palestin.

Badan bukan kerajaan (NGO) tersebut turut mengesahkan pihaknya telah menerima laporan mengenai perkara tersebut.

0204 BD ISRAEL BUNUH SUKARELAWAN ASING 2
Pakaian mangsa korban tertera lencana 'World Central Kitchen'/Reuters


Dalam pada itu, Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese menggesa agar siasatan segera dijalankan dalam insiden yang membabitkan warganya.

“Saya amat prihatin dengan kehilangan nyawa yang berlaku di Gaza.

"(Justeru), kerajaan saya telah menyokong gencatan senjata yang mampan dengan seruan untuk pembebasan tebusan, terdapat terlalu banyak nyawa rakyat tidak berdosa yang terkorban dalam konflik ini," katanya pada satu wawancara radio agensi berita tempatan, ABC News.

Wakil-wakil WCK berada di Gaza dalam misi menyampaikan bantuan melalui bot-bot dari Cyprus dan pembinaan jeti sementara di wilayah itu. -AFP/Reuters

0204 BD ISRAEL BUNUH SUKARELAWAN ASING 3
Pasport asing yang ditemukan pada mangsa pengeboman di Gaza, semalam/Reuters


ARTIKEL BERKAITAN

Pasukan WHO saksi sendiri 'kegilaan' Israel serang hospital
Ada bukti kukuh Israel lakukan genosid di Gaza - Pakar PBB
Tiga lagi wartawan terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza
Kanada hentikan penghantaran senjata ke Israel
Wartawan Al- Jazeera dipukul, ditahan tentera Israel
Bekalan oksigen terputus, lima maut selepas Israel serang hospital

SITI AISHAH MD ISA