fb fb fb fb fb

Kanada hentikan penghantaran senjata ke Israel

Sambil mengesahkan hak Israel untuk mempertahankan diri, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau telah mengambil sikap yang semakin kritikal terhadap Israel apabila kematian orang awam kian meningkat di Gaza/ REUTERS

MONTREAL, 20 Mac- Kanada menghentikan penghantaran senjatanya ke Israel, kata sumber kerajaan Kanada kepada AFP semalam.

Langkah itu dibuat kerana Ottawa hanya mengeksport penghantaran "tidak mematikan" seperti peralatan komunikasi ke Israel sejak serangan maut 7 Oktober lalu oleh Hamas terhadap Israel mencetuskan perang di Semenanjung Gaza.

Tiada eksport telah berlaku sejak Januari, tambah sumber itu.

Israel menjadi penerima utama eksport senjata Kanada, dengan peralatan tentera bernilai C$21 juta dieksport ke Israel pada 2022.

Itu meletakkan Israel antara 10 penerima teratas eksport senjata Kanada.

Pada Mac, gabungan peguam dan warga Kanada yang berasal dari Palestin telah membuat aduan terhadap kerajaan yang ingin menggantung eksport senjata ke Israel, dengan mengatakan Ottawa melanggar undang-undang domestik dan antarabangsa.

Pada Isnin, parlimen Kanada meluluskan resolusi tidak mengikat yang menyeru masyarakat antarabangsa untuk berusaha ke arah penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin.

Sambil mengesahkan hak Israel untuk mempertahankan diri, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau telah mengambil sikap yang semakin kritikal terhadap Israel apabila kematian orang awam kian meningkat di Gaza.- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI