fb fb fb fb fb

Angka korban Gaza meningkat 33,137

Foto AFP

GAZA, 7 April- Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan bahawa jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel yang berterusan di Gaza telah meningkat kepada 33,137.

Kementerian itu berkata dalam tempoh 24 jam lalu, tentera Israel membunuh 46 rakyat Palestin dan mencederakan 65 yang lain dalam empat operasi ketenteraan.

"Ia menjadikan jumlah kematian kepada 33,137, manakala kecederaan kepada 75,815, sejak konflik Israel-Hamas meletus pada 7 Oktober lalu.

"Gaza kini terperangkap dengan krisis kemanusiaan yang semakin merosot dan risiko kebuluran.

"Konflik berkenaan semakin merebak dengan peningkatan risiko kehilangan kawalan," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Hamas mengumumkan bahawa delegasi pemimpinnya akan ke Mesir hari ini untuk perbincangan mengenai gencatan senjata di Gaza serta perjanjian pertukaran tebusan dengan tahanan antara pergerakan itu dan Israel.

Menurut laporan Al Jazeera pada Sabtu, Hamas telah menyatakan bahawa delegasi mereka telah menerima arahan bahawa semua rundingan harus dijalankan berdasarkan gencatan senjata kekal.

Perjanjian gencatan senjata perlu memastikan kebebasan pergerakan rakyat Palestin di Gaza.

Manakala, tentera Israel yang ditempatkan di Gaza tidak dibenar menjalankan operasi ketenteraan mereka. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM