fb fb fb fb fb

Afrika Selatan mahu heret Israel ke ICJ

Mangsa korban rakyat Palestin di Rafah dalam serangan pengeboman rejim Israel di Selatan Semenanjung Gaza diletakkan di atas trak untuk di kebumikan/FOTO AFP

 AFRIKA SELATAN, 30 Disember - Afrika Selatan memfailkan kes pendakwaan terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas melakukan pembunuhan beramai-ramai atau genosid ke atas rakyat Palestin.

Afrika Selatan dalam permohonannya kepada ICJ mendakwa Israel melanggar obligasi di bawah Konvensyen Genosid.

"Israel kini sedang terlibat dan berisiko untuk terus melakukan serangan genosid yang dilakukan terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza," katanya menerusi kenyataan.

Menurut permohonan itu lagi, Israel juga mungkin melakukan lagi tindakan tersebut pada masa depan.

Oleh itu, Afrika Selatan turut meminta ICJ mengeluarkan arahan sementara kepada Israel supaya menghentikan serangannya di Gaza.

Israel menolak keras tindakan Afrika Selatan dan menyifatkannya sebagai tidak berasas.

Bagaimanapun, belum ada tarikh ditetapkan bagi ICJ mendengar kes tersebut.

Dalam pemfailan itu juga, Afrika Selatan menuntut mahkamah untuk melindungi hak-hak rakyat Palestin daripada sebarang kemudaratan.

Kongres Nasional Afrika (ANC) antara parti pemerintah yang sering menunjukkan sokong kemanusiaan dan lantang dalam memperjuangkan isu Palestin -- turut menolak aparteid yang melakukan penindasan terhadap penduduk.

Dalam pada itu, Israel memanggil semula semua diplomatnya dari Afrika Selatan.

Keputusan oleh ICJ, yang menilai pertikaian antara negeri, adalah muktamad - tetapi ia tidak mempunyai cara untuk menguatkuasakan keputusannya.

Ia juga boleh memerintahkan langkah-langkah kecemasan sementara menunggu penyelesaian penuh kes, yang mana boleh mengambil masa bertahun-tahun.

Pada November, lima negara, termasuk Afrika Selatan, menggesa siasatan Mahkamah Jenayah Antarabangsa ke atas jenayah perang yang dicetuskan oleh Israel.

Ketua pendakwa raya ICC Karim Khan berkata Afrika Selatan, Bangladesh, Bolivia, Comoros dan Djibouti yang merupakan anggota ICC menuntut siasatan terhadap keadaan di negara Palestin. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN