fb fb fb fb fb

Pendakwaan Israel di ICC, Malaysia kaji sumbangan dan peranan

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 Disember- Kerajaan sedang mengkaji sumbangan serta peranan yang boleh dimainkan dalam menyokong siasatan sehingga pendakwaan ke atas Israel oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dapat dilakukan.

Usaha itu termasuk menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta negara sepemikiran agar isu Palestin dapat dibawa secepat mungkin ke ICC.

Antaranya, menjalinkan kerjasama secara sukarela dengan pejabat pendakwa raya ICC bagi menyokong siasatan serta membantu dokumentasi melalui kehadiran saksi-saksi yang boleh menyokong kes berkenaan.

"Benar, kita bukanlah ahli dalam Statut Rom. Bagaimanapun, Malaysia masih dapat memainkan peranannya dalam perkara ini, dalam mengheret Israel ke ICC.

Kita juga sedang menghimpunkan negara-negara yang mempunyai pemikiran yang sama termasuk OIC untuk mengumpul dana bagi melancarkan proses pendakwaan," kata Alamin di Parlimen.

Beliau menjawab soalan tambahan yang dikemukan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Noraini Idris.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM