fb fb fb fb fb

Kekejaman di Gaza, Erdogan gesa agar Israel didakwa di Mahkamah Antarabangsa

Presiden Turkiye, Reccep Tayyip Erdogan/FOTO REUTERS

ANKARA, 29 November- Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan memberitahu Setiausaha Pertubuhan Bangsa Bersatu, Antonio Guterres bahawa Israel perlu diheret ke mahkamah antarabangsa susulan jenayah perang yang dilakukannya di Gaza.

Menerusi perbualan telefon menjelang mesyuarat Majlis Keselamatan Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan Gaza yang dirancang pada Rabu, Erdogan dan Guterres berbincang tentang maklum balas masyarakat antarabangsa berkaitan serangan yang dilakukan Israel yang menyalahi undang-undang serta akses bantuan kemanusiaan ke dalam enklaf dan usaha bagi mengekalkan keamanan berterusan di Asia Barat.

Pada perbualan tersebut, Erdogan berkata Israel secara terang-terangan meminggirkan undang-undang antarabangsa dan negara haram itu mesti bertanggungjawab ke atas jenayah kemanusiaan yang dilakukan", kata Erdogan dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Kementerian Luar Turkiye berkata Menteri Luar Hakan Fidan akan menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan PBB di New York.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Turkeye turut memaklumkan Fidan juga akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya yang terdiri daripada Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bulan ini bagi membincangkan isu Gaza.

Sebelum ini, Turkeye telah mengkritik keras serangan Israel ke atas Gaza dan menggesa gencatan senjata segera untuk membolehkan perbincangan mengenai penyelesaian dua negara kepada konflik Israel-Palestin.

Erdogan turut menggelar serangan Israel ke atas Gaza sebagai pembunuhan beramai-ramai dan menuduh Israel sebagai negara pengganas.- REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD