fb fb fb fb fb

Ukraine patahkan serangan udara Rusia, sasar grid tenaga

Foto AFP

KIEV, 29 November- Tentera Ukraine pada Rabu telah memusnahkan hampir puluhan serangan pesawat Rusia dan beberapa peluru berpandu yang menyasarkan di seluruh negara.

Menurut pegawai di Kiev, tentera Rusia telah mennggunakan aset dron dan peluru berpandu dalam satu serangan sistematik ke atas grid tenaga Ukraine, yang membekalkan kuasa sepanjang musim sejuk.

“Secara keseluruhan, serangan itu melibatkan 21 dron serangan Shahed-136/131, tiga peluru berpandu X-59,” kata tentera udara Ukraine di media sosial, mendakwa telah menjatuhkan semua dron dan dua peluru berpandu.

Menurut ciapan itu, jet pejuang, aset anti-pesawat dan unit pertahanan udara mudah alih digerakkan dalam menjatuhkan serangan dari Moscow di wilayah selatan dan tengah Ukraine.

"Ia menambah bahawa peluru berpandu ketiga, yang tidak ditembak, tidak mencapai sasarannya dan tiada komen segera dari pihak Rusia," kata perkongsian itu di media sosial.

Serangan Rusia ke atas infrastruktur tenaga Ukraine pada musim sejuk lalu menyebabkan berjuta-juta dalam kesejukan dan kegelapan untuk tempoh yang lama.

Kremlin berkata Kiev perlu bertanggungjawab, akibat tidak memasuki rundingan.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM