fb fb fb fb fb

Pemimpin utama pembangkang Tunisia, Moussi mula mogok lapar di penjara

Pemimpin Pembangkang Tunisia, Abir Moussi/FOTO Agensi Anadolu

TUNIS, 29 November- Pemimpin utama pembangkang yang juga seteru kepada Presiden Tunisia, Abir Moussi mengadakan mogok lapar di penjara bagi membantah apa yang dikatakan oleh peguamnya sebagai pencabulan terhadap hak kebebasan dan aktiviti politik pada Selasa.

Bulan lalu, mahkamah mengarahkan pemenjaraan terhadap Moussi, Ketua Parti Perlembagaan Bebas (PDL) selepas polis menahannya di pagar Istana Presiden dan disyaki ingin melakukan serangan dengan tujuan bagi menimbulkan huru-hara.

Moussi dalam satu kenyataan berkata tindakan pemenjaraannya merupakan satu tindakan dan percubaan secara undang-undang bagi menyingkirkannya daripada menyertai Pilihan Raya Presiden Tunisia yang dijangka diadakan pada 2024.

Dalam pada itu, peguam Moussi dalam satu kenyataan berkata anak guamnya itu akan melakukan mogok lapar selama 16 hari bersamaan kempen bagi mengetengahkan kempen keganasan terhadap wanita di Tunisia.

Tahun ini sahaja, Polis Tunisia telah menahan lebih 20 orang tokoh politik atas dakwaan merancang komplot terhadap keselamatan negara.

Sementara itu, Presiden Tunisia, Kais Saied menyifatkan para tahanan berkenaan sebagai pengganas, pengkhianat dan penjenayah.

Sebelum ini Saied, seorang bekas pensyarah undang-undang yang dipilih sebagai Presiden Tunisia pada 2019 bertindak menutup parlimen pada 2021 dan mentadbir menggunakan dekri.

Tindakan tersebut dianggap oleh pembangkang Tunisia sebagai percubaan rampasan kuasa yang dnafikan oleh Saied.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD