fb fb fb fb fb

Bentuk kerajaan Minoriti adalah langkah terakhir- Wilders

Pengerusi Parti Kebebasan, Geert Wilders/FOTO AFP

AMSTERDAM. 29 November - Ahli politik Belanda, Geert Wilders berkata pembentukan kerajaan minoriti dengan dirinya sebagai Perdana Menteri merupakan perkara yang mungkin terjadi ekoran kemenangan parti pimpinannya, Parti Kebebasan (PPV) yang menang di kebanyakan kerusi pada pilihan raya minggu lalu.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama bersama pasukan pemerhati yang dilantik bagi mengendalikan rundingan bersama parti gabungan, perkara itu berasas terutamanya dalam rundingan bersama 'rakan gabungan yang berpotensi'.

Spekulasi kemungkinan wujudnya kabinet minoriti bertiup kencang selepas Parti Konservatif VVD, pimpinan bekas Perdana Menteri Mark Rutte memutuskan untuk tidak menyertai kabinet pimpinan Wilders.

Parti pimpinan Wilders yang memenangi sejumlah 24 peratus undian dijangka terpaksa bekerjasama dengan sekurang-kurangnya dua buah parti bagi membentuk gabungan.

Wilder berkata ketika ini pasukan pemerhatinya dilihat lebih selesa bekerjasama dengan Parti VVD, Parti "New Social Contarct (NSC) dan Parti Gerakan Petani-Rakyat (BBB) yang mampu membentuk majoriti kukuh di dua  Dewan Parlimen Belanda.

"Perkara tersebut sangat logik dengan kombinasi yang betul", kata Wilders sambil menambah perkara paling penting adalah bagaimana kesemua parti bersetuju dan berbincang tentang bentuk kerjasama yang ditawarkan.

Sementara itu, Pengerusi NSC Pieter Omtzigt bagaimanapun berpendapat, bekerjasama dengan Wilders akan menjadi sukar disebabkan terdapatnya elemen-elemen di dalam platform PVV yang melanggar perlembagaan Belanda berkaitan kebebasan beragama.

Ini kerana Wilders sebelum ini dikenali sebagai pemimpin parti yang anti-Islam.

Namun, Wilders pada Rabu mengulangi kesediaannya berkompromi dalam beberapa perkara

Wilders pada Rabu mengulangi kesediannya untuk berkompromi dalam beberapa perkara berkaitan perlembagaan negara itu.

Susulan itu, pasukan pemerhati Wilders akan bertemu dengan kepimpinan parti NSC dan VVD bagi meneruskan rundingan pembentukan kerajaan campuran.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD