INDIA, 29 November- Selepas 17 hari terperangkap di dalam terowong jalan Himalaya runtuh yang sedang dalam pembinaan.
Pekerja India menggambarkan pengalaman pahit ketika berada di dalam terowong itu, dan harapan serta doa yang membuatkan mereka kuat.
"Kami benar-benar takut, setiap saat merasakan kematian," kata pekerja yang diselamatkan Deepak Kumar kepada AFP. "Kami tidak pasti sama ada nyawa kami selamat atau tidak."
Lelaki itu dibawa keluar melalui paip keluli sepanjang 57 meter pada pengusung yang dipasang khas dengan roda.
"Dunia ini sangat indah bagi kami," kata pekerja yang diselamatkan Sabah Ahmad kepada AFP. Dia tersentuh mendengar suara isterinya yang "bimbang" semasa dia terperangkap.
"Saya tahu ia adalah masa yang sukar bagi mereka dan lebih sukar untuk keluarga di luar," kata Ahmad, yang berasal dari Bihar.
"Kami bersyukur, kami berjaya dibawa keluar."
Isterinya Musarrat Jahan, bercakap kepada AFP melalui telefon dari Bihar, berkata "tiada perkataan" dapat menjelaskan betapa gembiranya dia.
“Bukan sahaja suami saya mendapat kehidupan baharu, kami juga mendapat kehidupan baharu,” katanya. "Kami tidak akan melupakannya".- AFP