INDONESIA, 29 November- Memegang tangan anaknya di tempat perlindungan sementara Rohingya di Indonesia, Mohamed Ridoi berkata dia melakukan perjalanan laut berbahaya selama 12 hari dari kem pelarian di Bangladesh untuk melarikan diri daripada ancaman penculikan, peras ugut dan pembunuhan.
Lelaki berusia 27 tahun itu berkata dia memulakan "kehidupan yang aman" di tempat perlindungan sementara di Wilayah Barat Aceh, Indonesia, kerana ia telah menempatkan lebih 1,000 orang Rohingya telah tiba bulan ini. Ia merupakan kemasukan terbesar seumpama itu sejak tahun 2015.
Mereka melarikan diri daripada keganasan yang semakin meningkat di kem-kem sekitar Cox's Bazar, yang menampung lebih daripada satu juta orang dan tempat kumpulan samseng kerap menculik dan menyeksa penduduk untuk mendapatkan wang tebusan.
"Salah satu kumpulan menculik saya dan menuntut 500,000 taka Bangladesh ($4,551) untuk membeli senjata mereka," kata Ridoi kepada AFP..
"Mereka turut mengugut untuk membunuh saya sekiranya tidak diberikan wang tebusan."
Dia akhirnya membayar 300,000 taka untuk pembebasannya bulan lalu dan, dalam beberapa minggu, dia menaiki bot ke Indonesia dan tiba pada 21 November.
"Kami tidak selamat di Bangladesh. Itulah sebabnya saya memutuskan untuk pergi ke Indonesia untuk menyelamatkan nyawa saya dan keluarga," katanya.
Indonesia bukan penandatangan Konvensyen Pelarian PBB berkata, ia tidak dipaksa untuk menerima pelarian dari Myanmar, tetapi negara jiran telah menutup pintu mereka, bermakna mereka tidak mempunyai pilihan lain.
Lebih daripada enam buah bot telah tiba di Aceh sejak 14 November, dan pemantau berkata lebih banyak lagi sedang dalam perjalanan.
Bagaimanapun penduduk tempatan membalikkan bot yang tiba ke laut dan meningkatkan rondaan di pantai.- AFP