fb fb fb fb fb

33 maut dalam serangan terbaharu Israel di Lubnan

Kepulan asap akibat serangan Israel di Lubnan / AFP

BEIRUT, 13 November- Kira-kira 33 orang terkorban dalam serangan terbaharu Israel yang menyasarkan pinggir selatan Lubnan.

Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, mangsa itu termasuk mereka yang kehilangan tempat tinggal.

"Serangan Israel ke atas Joun di daerah Chouf mengakibatkan 15 syahid, termasuk lapan wanita dan empat kanak-kanak," katanya.

Tambah kementerian itu, 12 yang lain cedera dalam serangan terbabit.

Serangan beberapa kilometer lebih jauh ke utara di wilayah pergunungan Aley di timur pula mengorbankan lapan orang.

Seorang maut dalam serangan Israel di bandar Tire, selatan Lubnan.

Agensi Berita Nasional melaporkan bangunan yang diserang itu menempatkan mereka yang kehilangan tempat tinggal kerana melarikan diri daripada peperangan. -AFP

Trainee2