fb fb fb fb fb

30 mayat ditemui dalam sebuah bot di Dakar

Pantai Senegal sering berlaku kejadian karam yang melibatkan migran yang cuba melarikan diri ke Eropah/Gambar fail AFP

DAKAR, 23 September - Sekurang-kurangnya 30 mayat ditemui oleh tentera laut Senegal dalam sebuah bot yang hanyut di sekitar 70 kilometer dari pantai ibu kota Dakar, Afrika Barat.

Menerusi kenyataan tentera Senegal, siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti asal-usul bot tersebut dan mengesahkan jumlah kematian.

Pantai Senegal sering berlaku kejadian karam yang melibatkan migran yang cuba melarikan diri atau meninggalkan negara mereka untuk menuju ke Eropah.

Ramai migran dari Senegal dan negara-negara Afrika lain menggunakan bot untuk menyeberangi Lautan Atlantik - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN