fb fb fb fb fb

11 orang terbunuh termasuk bomba dalam letupan di Virginia

Foto Fail

WASHINGTON, 17 Februari- Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh termasuk seorang anggota bomba dalam satu insiden letupan di sebuah rumah di Sterling, utara Virginia, petang semalam.

Penolong Ketua Jabatan Bomba Virginia, James Williams menyifatkan insiden letupan itu sebagai satu kemusnahan yang teruk.

"Letupan berlaku semasa pihak bomba tiba di rumah terbabit untuk membuat satu siasatan.

"Sembilan anggota bomba serta dua orang awam yang mengalami kecederaan dibawa ke ke hospital berdekatan untuk rawatan.

"Punca masih dalam siasatan," katanya menerusi kenyataan.

Williams bagaimanapun tidak mendedahkan siasatan pihak bomba di rumah berkenaan - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM