Zverev, Andreeva dan Tiafoe mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia

Pemain pilihan ketiga, Alexander Zverev dari Jerman ketika menentang pemain Perancis, Alexandre Muller pada pusingan ketiga Terbuka Australia/ REUTERS

MELBOURNE, 21 Januari – Pemain pilihan ketiga, Alexander Zverev meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga Terbuka Australia meskipun kehilangan satu set ketika menewaskan pemain Perancis, Alexandre Muller 6-3, 4-6, 6-3, 6-4.

RINGKASAN BERITA AI
  • Alexander Zverev mara ke pusingan ketiga selepas menewaskan Alexandre Muller 6-3, 4-6, 6-3, 6-4.
  • Cam Norrie akan bertemu Zverev selepas menang dalam perlawanan yang tertangguh akibat hujan.
  • Mirra Andreeva menewaskan Maria Sakkari 6-0, 6-4 dan akan berdepan Elena-Gabriela Ruse.
  • Frances Tiafoe mara ke pusingan ketiga dan akan menentang pemain tuan rumah Alex De Minaur.

Kemenangan itu menyaksikan pemain Jerman tersebut bakal bertemu wakil Britain, Cam Norrie yang turut dipaksa bekerja keras sebelum menyingkirkan pemain Amerika Syarikat (AS), Emilio Nava dalam perlawanan empat set yang tertangguh akibat hujan.

Di Margaret Court Arena, bintang muda Russia kelahiran, Mirra Andreeva tampil cemerlang menewaskan Maria Sakkari 6-0, 6-4 dan dijadual berdepan Elena-Gabriela Ruse di pusingan ketiga.

Sementara itu, pemain pilihan tuan rumah, Alex De Minaur juga mara selepas menewaskan Hamad Medjedovic dan bakal berdepan pemain AS, Frances Tiafoe yang menyingkirkan Francisco Comensana.

Dalam aksi lain, Magda Linette, Karolina Muchova dan Jasmine Paolini turut melangkah ke pusingan seterusnya selepas mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing. -REUTERS