Terengganu Marvels kekal rekod tanpa kalah

Terengganu Marvels menang 78-61 ke atas Singapore Sneakers – RTM

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Terengganu Marvels terus mempamerkan dominasi dalam saingan Netball Super League (NSL) apabila berjaya menewaskan Singapore Sneakers yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menang 78-61 ke atas Singapore Sneakers, mengekalkan rekod tanpa kalah.
  • Singapore Sneakers mendahului 14-13 suku pertama, namun Terengganu bangkit suku kedua.
  • Melebarkan jurang 64-41 suku ketiga dan tamat dengan keputusan 78-61.
  • Ellisa Hannah dinobatkan Queen of the Court; jurulatih tekankan latihan taktikal, rehatkan utama dan beri peluang pemain simpanan serta kurangkan kesilapan mudah.

Kemenangan 78-61 itu mengukuhkan status mereka sebagai pilihan utama menjelang perlawanan akhir malam ini.

Keputusan itu juga menyaksikan Terengganu Marvels mengekalkan rekod tanpa kalah pasukan itu.

Trengganu Marvels berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah – RTM

Perlawanan bermula sengit apabila Singapore Sneakers mendahului tipis 14-13 pada suku pertama. Bagaimanapun, Terengganu Marvels bangkit pada suku kedua untuk memintas pada kedudukan mata 38-27.

Momentum tersebut diteruskan pada suku ketiga apabila Terengganu Marvels melebarkan jurang kepada 64-41 sebelum memuktamadkan kemenangan mutlak 78-61.

Kecemerlangan Terengganu Marvels dalam aksi tersebut turut dibuktikan oleh Ellisa Hannah yang dinobatkan sebagai ‘Queen of the Court’.

Jurulatih Terengganu Marvels, Siti Nor Farhana Mustafa – RTM

Jurulatih Terengganu Marvels, Siti Nor Farhana Mustafa menyifatkan perlawanan tersebut sebagai medan terbaik untuk mempraktikkan strategi prafinal selain memberi ruang kepada pemain simpanan beraksi.

“Permainan yang baik kerana saya dapat menurunkan kesemua 12 pemain. Kita mahu mempraktikkan strategi sebagai persediaan menghadapi pentas akhir.

“Langkah merehatkan pemain utama juga penting bagi memastikan mereka mendapat pemulihan yang lebih baik, selain memberi peluang kepada pemain simpanan mempamerkan kemampuan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Mengulas persiapan menjelang perlawanan akhir, beliau menegaskan tumpuan utama adalah mengurangkan kesilapan mudah dan memastikan pemain fokus kepada taktikal yang telah dirancang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.