MotoMini Malaysia perkenal format perlumbaan berpasukan

FIM MotoMini Malaysia memperkenalkan format perlumbaan berpasukan. – Foto FB MotoMini Malaysia

HULU LANGAT, 17 Mei – Menjelang musim 2026, FIM MotoMini Malaysia melakar evolusi signifikan dalam arena sukan permotoran negara dengan memperkenalkan format perlumbaan berpasukan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anugerah Pasukan Terbaik diberikan kepada pasukan dengan pungutan mata keseluruhan tertinggi sepanjang musim.
  • Konsep berpasukan membolehkan peserta mengurus penajaan sendiri, mengurangkan beban kos dan menambah profesionalisme.
  • Format membenarkan pelumba MotoMini 160, MotoMini 190 dan SIC Ohvale Junior dalam pasukan; RCB MotoKidz kekal berasingan.

Pendekatan itu menjadi pemacu strategik dalam membentuk bakat pelumba muda di bawah ekosistem yang lebih tersusun, kompetitif, dan profesional.

Anugerah Pasukan Terbaik menanti pasukan yang memiliki pungutan mata keseluruhan tertinggi sepanjang musim.

Pengurus Kejuaraan FIM Motomini Malaysia 2026, Zulfahmi Khairudin – RTM

berkata, pengenalan anugerah ini dilihat mampu menyemarakkan lagi suasana persaingan di samping memperkukuh semangat kerja berpasukan.

“Inisiatif baharu ini bukan sahaja memberikan suntikan profesionalisme, malah membantu meringankan beban serta membuka jalan kepada ibu bapa yang sering bertungkus-lumus mencari penaja.

“Melalui konsep berpasukan, peserta bertanggungjawab menguruskan penajaan sendiri, satu langkah strategik yang memberi impak positif dalam mengurangkan beban kos tinggi sukan permotoran,” katanya ketika ditemui selepas tamat sesi pengenalan pasukan pada Sabtu.

Format perlumbaan berpasukan Kejuaraan FIM Motomini Malaysia 2026 bertujuan membentuk bakat pelumba muda. Foto MotoMini Malaysia

Sebanyak 17 pasukan diperkenalkan secara rasmi semasa sesi pelancaran tersebut.

Format baharu turut membenarkan setiap pasukan memiliki pelumba daripada kategori MotoMini 160, MotoMini 190, dan SIC Ohvale Junior Championship.

Bagaimanapun, kategori RCB MotoKidz Championship kekal berasingan dan tidak terlibat dalam struktur gabungan berkenaan.

Pusingan 1 Kejuaraan FIM Motomini Malaysia 2026 akan diadakan di LYL International Karting Circuit. – Foto MotoMini Malaysia

Pusingan 1 Kejuaraan FIM Motomini Malaysia 2026 akan diadakan hari ini di litar karting terbaik Asia, LYL International Karting Circuit.

Kejuaraan itu akan menjadi pentas penting buat semua pelumba muda membuktikan kemampuan masing-masing dalam usaha memburu gelaran juara musim 2026.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.