Tenis ATP Hong Kong: Musetti ke suku akhir

Pemain tenis Itali, Lorenzo Musetti/Foto AFP

HONG KONG, 8 Januari – Pilihan utama, Lorenzo Musetti bangkit menewaskan Tomas Martin Etcheverry pada Terbuka Tenis Hong Kong ATP 250.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lorenzo Musetti bangkit menewaskan Tomas Etcheverry untuk mara ke suku akhir Hong Kong ATP 250.
  • Musetti mengekalkan rekod tanpa kalahnya terhadap lawan dari Argentina itu.
  • Coleman Wong, wildcard tuan rumah, menewaskan Gabriel Diallo dan bakal berdepan Musetti.

Musetti mara ke suku akhir selepas menang 6-7, 6-2, 6-4.

Kemenangan itu mengekalkan rekod tanpa kalahnya berdepan lawan dari Argentina itu.

Pemain Itali berusia 23 tahun itu akan bertemu pemain ‘wildcard’ tuan rumah, Coleman Wong.

Wong mengejutkan pilihan keenam, Gabriel Diallo pada aksi sebelumnya.

Dalam aksi lain, Andrey Rublev turut bangkit menundukkan Wu Yibing dari China.

Pemain Russia itu menang 3-6, 6-2, 6-1.

Rublev sebelum ini menamatkan musim lalu dengan prestasi hambar.

Beliau akan bertemu pemain Portugal, Nuno Borges yang juga pilihan kelapan di suku akhir.