Taegeuk Warriors kandas awal: Peminat caci Myun-bo, pemain

Foto REUTERS

INCHEON, 30 Jun – Bekas ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan Korea Selatan, Hong Myung-bo, bersama barisan pemainnya dicaci oleh ratusan peminat setibanya mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kepulangan awal skuad selepas tersingkir awal Piala Dunia 2026 memancing kemarahan peminat tegar.
  • Ratusan peminat di lapangan terbang menjerit tuntut Hong Myung-bo keluar, sambil memegang kain rentang kritik KFA.
  • Korea Selatan tewas berturut-turut kepada Mexico dan Afrika Selatan, mengakhiri kempen di tangga ketiga Kumpulan A.
  • Myung-bo meletak jawatan; kontroversi sejak pelantikan semula 2024 termasuk dakwaan pilih kasih, dinafikan beliau.

Kepulangan awal skuad ‘Taegeuk Warriors’ berikutan tersingkir awal daripada saingan Piala Dunia 2026 ternyata mengundang kekecewaan melampau dalam kalangan penyokong tegar.

Sebaik sahaja Myung-bo melangkah keluar di balai ketibaan, ratusan peminat yang berang menjerit melaungkan slogan “Hong Myung-bo, keluar!” dengan membawa kain rentang mengkritik kepimpinan beliau serta Persatuan Bola Sepak Korea (KFA).

Kempen hambar Korea Selatan di pentas dunia menyaksikan mereka mengalami kekalahan berturut-turut kepada Mexico dan Afrika Selatan.

Keputusan itu meletakkan mereka sekadar di tangga ketiga Kumpulan A, sekali gus gagal menempatkan diri dalam kelompok lapan pasukan tempat ketiga terbaik untuk mara ke pusingan 32.

Rentetan daripada kegagalan tersebut, Myung-bo dilapor telah meletak jawatan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan lelaki secara rasmi pada Ahad lalu (28 Jun).

Siri kontroversi telah lama menyelubungi kem Korea Selatan sejak pelantikan semula Myung-bo sebagai pengurus pasukan pada 2024.

Media tempatan sebelum ini juga mendakwa wujudnya amalan pilih kasih dan proses pengambilan tidak telus, namun kesemua tuduhan tersebut dinafikan sekeras-kerasnya Myung-bo.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.