Wimbledon: Djokovic buru kejuaraan kelapan berjaya tundukkan Yibing

Foto REUTERS

LONDON, 30 Jun – Jaguh tenis dunia, Novak Djokovic memulakan misinya untuk memburu kejuaraan Wimbledon kelapan dan gelaran Grand Slam ke-25 dengan langkah kanan selepas menewaskan pemain China, Wu Yibing pada perlawanan pusingan pertama, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Djokovic, 39, membuktikan beliau masih berbisa dengan kemenangan 6-4, 5-7, 6-4, 6-4.
  • Kemenangan letakkan beliau di landasan untuk menyamai rekod Roger Federer dan memotong rekod legenda Margaret Court.
  • Djokovic akan bertemu Stefanos Tsitsipas pada pusingan seterusnya.

Meskipun menerima tentangan sengit, Djokovic, 39, membuktikan beliau masih berbisa apabila mencatat kemenangan 6-4, 5-7, 6-4, 6-4.

Kemenangan itu meletakkan beliau di landasan tepat untuk menyamai rekod Roger Federer dan memotong rekod lagenda Margaret Court.

Djokovic bakal bertemu Stefanos Tsitsipas di pusingan seterusnya.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.