
BOSTON, 30 Jun – Jurulatih skuad kebangsaan Jerman, Julian Nagelsmann menegaskan akan kekal mengendalikan juara dunia empat kali itu, meskipun pasukannya tersingkir kepada Paraguay, menerusi penentuan sepakan penalti pada Isnin.
- Tersingkir awal buat kali ketiga berturut-turut dalam Piala Dunia, selepas edisi 2018 dan 2022.
- Masa depan beliau kini dalam tanda tanya.
- Berdepan tugas getir mempertahankan jawatan selepas kempen Piala Dunia sulung yang hambar.
- Di bawah bimbingannya, Jerman mara ke suku akhir Euro 2024 di laman sendiri.
Pengendali berusia 38 tahun itu yang mengambil alih tugasan pada 2023 mencatatkan rekod sebagai jurulatih termuda dalam perlawanan kalah mati Piala Dunia dalam tempoh 40 tahun.
Bagaimanapun, beliau terpaksa menyaksikan skuad kendaliannya tersungkur awal buat kali ketiga berturut-turut dalam saingan Piala Dunia, selepas sebelum ini gagal melepasi peringkat kumpulan pada edisi 2018 dan 2022.
Kegagalan terbaharu ini sekali gus meletakkan masa depan beliau dalam tanda tanya.
Nagelsmann kini berdepan tugas getir untuk mempertahankan jawatannya selepas mengharungi kempen Piala Dunia sulung yang hambar.
Di bawah bimbingan Nagelsmann sebelum ini, Jerman berjaya melangkah ke peringkat suku akhir pada kejohanan Euro 2024 yang berlangsung di laman sendiri.
“Saya bukan seorang yang suka melarikan diri daripada tanggungjawab. Jika Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) mahu saya meneruskan tugas ini, saya akan kekal. Namun, jika mereka tidak mahu, mereka bebas untuk menyatakannya kepada saya,” tegas Nagelsmann.- REUTERS