Sze Fei-Nur Izzuddin rangkul gelaran Indonesia Master 2026

Foto FB Badminton Association of Malaysia – BAM

KUALA LUMPUR, 25 Januari Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei–Nur Izzuddin Rumsani, menepati ramalan apabila muncul juara Indonesia Master selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Raymond Indra–Nikolaus Joaquin, pada perlawanan akhir, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sze Fei–Nur Izzuddin menjuarai Indonesia Master 2026 selepas menewaskan pasangan tuan rumah dalam perlawanan akhir.
  • Kemenangan straight set 21-19, 21-13 dicapai dalam 37 minit, menepati ramalan sebagai pilihan kuat.
  • Ini gelaran pertama pasangan itu untuk musim 2026 dan menyamakan rekod pertemuan dengan lawan kepada 1-1.
  • Kejayaan memastikan Malaysia mengekalkan kejuaraan beregu lelaki Indonesia Master, mengekalkan tradisi juara sejak 2025.

Pasangan ranking kesembilan dunia itu mencatat kemenangan straight set 21-19, 21-13 dalam tempoh 37 minit, sekali gus menundukkan pilihan muda tuan rumah di hadapan ribuan penyokong di Istora Senayan.

Kejayaan tersebut menandakan gelaran pertama Sze Fei–Izzuddin bagi musim 2026, selain mengikat rekod pertemuan dengan gandingan Indonesia itu kepada 1-1.

Lebih manis, kejayaan berkenaan memastikan Malaysia mengekalkan kejuaraan beregu lelaki Indonesia Master , selepas gelaran edisi 2025 dimenangi gandingan negara, Man Wei Chong–Tee Kai Wun.

Prestasi konsisten yang dipamerkan sepanjang kejohanan mengukuhkan status Sze Fei–Izzuddin sebagai antara pasangan utama negara dalam saingan Jelajah Dunia BWF musim ini.