- Keputusan kerajaan Persekutuan meneruskan penganjuran secara sederhana disambut baik untuk memastikan kelangsungan temasya serta pengurusan kos berhemat.
- Pulau Pinang telah membelanjakan kira-kira RM4.5 juta bagi persiapan kontinjen negeri.
- Kira-kira 600 atlet dijangka diturunkan; senarai akhir masih dalam proses pemilihan oleh Majlis Sukan Negeri.
- Kerajaan negeri menekankan pengurusan kos berhemat tanpa menjejaskan kualiti persediaan atlet bagi prestasi terbaik.
GEORGE TOWN, 4 Mei- Pulau Pinang kini berada pada fasa akhir persiapan menjelang penganjuran Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 yang dijadualkan berlangsung Ogos ini.
Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang,

berkata keputusan kerajaan Persekutuan untuk meneruskan penganjuran secara sederhana disambut baik bagi memastikan kelangsungan temasya serta pengurusan kos yang lebih berhemah.
Setakat ini, Pulau Pinang telah membelanjakan kira-kira RM4.5 juta bagi persiapan kontinjen negeri.
“Kerajaan telah memberi lampu hijau untuk penganjuran SUKMA 2026 secara sederhana. Kita kini berada dalam fasa akhir persiapan, kurang daripada 100 hari sebelum temasya bermula,” katanya dalam sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini.
Beliau berkata kontinjen Pulau Pinang dijangka mempertaruhkan kira-kira 600 atlet, namun senarai akhir masih dalam proses pemilihan oleh Majlis Sukan Negeri (MSN).
Kerajaan negeri memberi penekanan kepada pengurusan kos yang berhemat tanpa menjejaskan kualiti persediaan atlet bagi memastikan prestasi terbaik pada temasya berkenaan.