
KUALA LUMPUR, 16 September – Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky menyatakan pendekatan ‘imbauan’ berbentuk analisa video merupakan usaha ABM dalam meningkatkan mentaliti dan keyakinan pemain sempena temasya Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun.
- Terdapat beberapa perubahan gandingan: Aaron Chia/Tee Kai Wun; Chen Tang Jie/Cheng Su Yin; M. Thinaah/Pearly Tan.
- Sesi latihan dijangka pada 18 September, dijalankan ringan untuk mengelakkan tekanan fizikal terhadap pemain.
- Pertandingan bermula 20 September; peluang bagi Malaysia cuba tamatkan hampir 20 tahun kemarau pingat emas.
“Imbauan berbentuk video adalah untuk memberikan pemain-pemain untuk ‘refresh’ teknik dan prestasi mereka dalam kejohanan lampau.
“Kita juga lihat cara pemikiran mereka untuk lebih motivasi di dalam gelanggang, cara meraih mata, serta tindak balas bersama pasangan pasukan terutamanya dalam perlawanan beregu,” kata Rexy kepada media di ABM, Bukit Kiara sebelum berangkat ke Jepun hari ini.
Sementara itu katanya, terdapat beberapa perubahan gandingan regu seperti Aaron Chia bersama Tee Kai Wun, Chen Tang Jie bersama Cheng Su Yin, dan dan M. Thinaah bersama Pearly Tan.
Sesi latihan dijangka diadakan pada 18 September, namun ia mungkin dijalankan pada kadar ringan bagi mengelakkan sebarang tekanan fizikal terhadap pemain.
Sesi pertandingan akan bermula pada 20 September ini merupakan peluang kepada Malaysia dalam mencuba menamatkan kemarau pingat emas yang telah lama diidamkan sejak hampir 20 tahun yang lalu.