Skuad ragbi wanita 7(s) sasar juara Asia School Rugby Sevens

Skuad Ragbi Wanita 7s negara menjalani latihan intensif menjelang kejohanan Asia School Rugby Sevens. 9 dan 10 Januari ini di Bangkok, Thailand.

KUALA LUMPUR, 7 Januari – Pasukan Ragbi Wanita 7 Sebelah (7s) bakal berlepas ke Thailand dengan misi layak ke final seterusnya muncul juara kejohanan Asia School Rugby Sevens.

RINGKASAN BERITA AI
  • Skuad Ragbi Wanita 7s akan berlepas ke Bangkok untuk saingan Asia School Rugby Sevens.
  • Latihan intensif kini fasa akhir, fokus pada kekuatan fizikal, kemahiran teknikal dan keserasian strategi.
  • Gabungan pemain berpengalaman dan bakat baharu dijangka beri kelebihan unik kepada pasukan.
  • Matlamat realistis: layak ke final dan sasaran sekurang-kurangnya naib juara menghadapi cabaran Thailand, India dan Laos.

Jurulatih negara, Rosmazlan Abdul Rashid optimis dengan potensi skuad kali ini berdepan saingan yang dijadual berlangsung di Stadium Royal Thai Air Force, Bangkok, 9 dan 10 Januari ini.

Menurutnya, sesi latihan intensif kini berada di fasa terakhir dengan fokus tertumpu kepada membina kekuatan fizikal, kemahiran teknikal serta keserasian strategi pasukan

“Skuad kali ini diperkukuhkan dengan gabungan pemain yang mempunyai pengalaman beraksi di peringkat Sukan Malaysia, National Sevens serta program pembangunan RDP.

“Kita yakin adunan pemain berpengalaman dan bakat baharu ini mampu memberikan kelebihan unik buat pasukan negara,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan, di ibu negara.

Rosmazlan juga yakin matlamat utama pasukan mampu direalisasikan berdasarkan prestasi semasa yang ditunjukkan barisan pemain.

Malah, mampu cipta kejutan dan membawa pulang sekurang-kurangnya gelaran naib juara berdasarkan corak persaingan yang seimbang, tahun ini.

Beliau menjangkakan cabaran hebat bakal hadir daripada dua pasukan tuan rumah, Thailand, selain saingan sengit dari India dan Laos.