Messi ledak dua gol, Inter Miami jinakkan Colorado Rapids 3-2

Foto REUTERS

COLORADO, 19 April– Lionel Messi mempamerkan sentuhan berbisa dengan meledak dua gol bagi membantu Inter Miami mencatatkan kemenangan tipis 3-2 ke atas Colorado Rapids dalam aksi penuh dramatik di Denver, pada Sabtu (18 April).

RINGKASAN BERITA AI
  • Messi penalti minit ke-18, kemudian German Berterame menggandakan kedudukan pada masa kecederaan separuh masa pertama hasil hantaran Mateo Silvetti.
  • Colorado bangkit melalui gol Rafael Navarro dan jaringan penyamaan Darren Yapi pada minit ke-62, menggembirakan 75,824 penonton hadir.
  • Messi lakarkan larian solo dan rembatan kencang minit ke-79, sementara Miami ditinggalkan 10 pemain selepas kad merah Yannick Bright.

Messi meletakkan Miami di hadapan seawal minit ke-18 menerusi sepakan penalti sebelum German Berterame menggandakan kedudukan pada masa kecederaan separuh masa pertama hasil hantaran Mateo Silvetti.

Tuan rumah bangkit memberi saingan menerusi gol Rafael Navarro dan jaringan penyamaan Darren Yapi pada minit ke-62, sekali gus menggembirakan 75,824 penonton yang hadir, kehadiran kedua tertinggi dalam sejarah MLS.

Bagaimanapun, Messi muncul wira apabila melakukan larian solo dari tengah padang sebelum melepaskan rembatan kencang ke penjuru gol pada minit ke-79 untuk mengesahkan tiga mata buat Miami.

Kemenangan itu terpaksa dipertahankan dengan penuh debar selepas Miami terpaksa beraksi dengan 10 pemain susulan kad merah yang dilayangkan kepada Yannick Bright pada penghujung perlawanan. -REUTERS