
RIYADH, 17 Mei- Cristiano Ronaldo sekali lagi berdepan kekecewaan apabila kelabnya, Al Nassr tewas 0-1 kepada Gamba Osaka dalam final Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL 2) di Stadium Universiti Raja Saud, pada Sabtu.
- Gamba Osaka menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-29 hasil penyudah Deniz Hummet selepas hantaran Issam Jebali dari luar kotak penalti.
- Al Nassr sebagai pilihan utama gagal manfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri meskipun menguasai sebahagian besar perlawanan.
- Kekalahan itu menyaksikan Ronaldo masih belum meraih sebarang trofi bersama Al Nassr sejak menyertai pada 2023.
Al Nassr yang hadir selaku pilihan utama gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri meskipun menguasai sebahagian besar perlawanan.
Gamba Osaka menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-29 apabila penyerang Deniz Hummet menyempurnakan hantaran Issam Jebali dari luar kotak penalti.
Kekalahan itu menyaksikan Ronaldo masih belum meraih sebarang trofi bersama Al Nassr sejak menyertai kelab berkenaan pada 2023.
Kekecewaan tersebut hadir beberapa hari selepas beliau turut terlepas peluang menjulang gelaran liga apabila Al Nassr diikat Al Hilal 1-1 hasil gol sendiri pada masa kecederaan.
Ronaldo sebelum ini meluahkan keyakinan bahawa peluang kejuaraan masih terbuka buat pasukannya.
“Impian itu semakin hampir. Teruskan berjuang, kita masih ada satu langkah lagi untuk diambil! Terima kasih atas sokongan luar biasa malam ini!” katanya menerusi hantaran di platform X.
Al Nassr kini kekal dua mata di hadapan Al Hilal dengan satu perlawanan berbaki dan masih berpeluang mengesahkan kejuaraan liga dalam aksi terakhir menentang Damac. -AFP