Piala Dunia: Orlando Gill puji semangat juang Paraguay

Gill (kiri) dinobatkan Pemain Terbaik Perlawanan/ Foto REUTERS

FOXBOROUGH, 30 Jun – Penjaga gol Paraguay, Orlando Gill memuji kecekalan rakan sepasukannya selepas berjaya mengejutkan juara dunia empat kali, Jerman, menerusi penentuan sepakan penalti untuk mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pasukan berjuang hingga minit ke-120 untuk bawa aksi ke penentuan penalti.
  • Hill dinamakan Pemain Terbaik Perlawanan dan memberi penghormatan kepada Manuel Neuer.
  • Julio Enciso puji usaha luar biasa pasukan dan dedikasikan kemenangan kepada penyokong setia.

Paraguay mara dengan keputusan 4-3 dalam penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sejurus tamat aksi tambahan.

“Menentang skuad Jerman yang dibintangi pemain-pemain hebat. Bagaimanapun pasukan kami telah mempamerkan aksi cukup bertenaga,” kata Gill.

“Ia perlawanan yang sukar. Kami berjaya bertahan hingga minit ke-120 untuk membawa aksi ke penentuan penalti dan semestinya tuah menyebelahi kami,” katanya.

Gill, yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan turut memberikan penghormatan khusus kepada penjaga gol veteran Jerman, Manuel Neuer.

Sementara itu, penyerang berbisa Paraguay, Julio Enciso memuji usaha keras pasukannya menentang gergasi bola sepak dunia itu.

“Usaha yang ditunjukkan oleh semua pemain adalah sesuatu yang luar biasa dan hampir mustahil. Kami berdepan pasukan kebangsaan yang dipenuhi bintang tetapi kami juga mempunyai kekuatan tersendiri. Kami telah membuktikannya hari ini,” ujar Enciso.

Enciso turut mendedikasikan kemenangan bersejarah itu kepada seluruh penyokong tegar Paraguay dan rakan sepasukannya.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.