Pertandingan Boling Kampung Ujung Bukit semarak sambutan kemerdekaan

Foto RTM

KANGAR, 16 Ogos — Pertandingan Boling Tertutup bersempena Bulan Kebangsaan menjadi antara pendekatan komuniti Kampung Ujung Bukit, Bintong, Perlis dalam menyemarakkan sambutan kemerdekaan tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program di Perlis Bowl menghimpunkan 70 penduduk setempat daripada pelbagai peringkat usia.
  • Pertandingan menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuh perpaduan dan semangat kekeluargaan.
  • JPKKP aktif menganjur program, dan kerjasama penduduk penting untuk kelancaran serta manfaat komuniti.

Program yang berlangsung di Perlis Bowl, Kangar, malam tadi itu menghimpunkan seramai 70 penduduk setempat daripada pelbagai peringkat usia.

Pengerusi JPKKP Kampung Ujung Bukit, Zulkifli Azelan, berkata penganjuran pertandingan berkenaan bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah menjadi platform untuk memperkukuh perpaduan dan semangat kekeluargaan dalam kalangan penduduk.

Menurutnya, penglibatan peserta daripada pelbagai peringkat usia turut mewujudkan suasana harmoni, selain memupuk sikap saling menghormati antara satu sama lain.

“Melalui program seperti ini, kita dapat melihat semangat kekeluargaan dan sikap hormat-menghormati antara penduduk terus diperkukuhkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program Boling Tertutup Kampung Ujung Bukit bersempena Bulan Kebangsaan di Perlis Bowl, Kangar, malam tadi.

Beliau berkata, JPKKP Kampung Ujung Bukit sentiasa aktif menganjurkan pelbagai program bersama komuniti setempat sebagai usaha mengeratkan hubungan sesama penduduk.

Katanya, kerjasama erat dalam kalangan penduduk amat penting bagi memastikan setiap program yang dilaksanakan dapat berjalan lancar dan memberi manfaat kepada komuniti.

“Kampung Ujung Bukit juga cukup sinonim sebagai salah satu destinasi agropelancongan di Perlis. Justeru, kerjasama semua penduduk amat penting dalam memastikan pelbagai aktiviti komuniti dapat terus dilaksanakan,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.