Pemain Korea Selatan dan Filipina perkuat skuad Sang Badak

Sabah FC

KOTA KINABALU, 22 Julai – Sabah FC berjaya mendapatkan dua pemain import dari Filipina dan Korea Selatan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2026/2027 yang dijadual bermula Ogos ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Oskari Kekkonen, pemain tengah Filipina, sah menyertai Sabah FC dari Lamphun Warriors.
  • Park Jungbin, pemain Korea Selatan, menyertai Sabah FC dari Visakha FC.
  • Menandatangani empat pemain tempatan: Abdul Halim Saari, Fadzrul Danel (tengah); Fayadh Zulkifli (penyerang); Abdul Hanafie Tokyo (pertahanan).
  • Fadzrul menyatakan mahu keluar zon selesa, cari cabaran baharu dan memberi komitmen 100 peratus untuk membantu pasukan.

Dua pemain tersebut terdiri daripada pemain tengah Filipina, Oskari Kekkonen yang disahkan menyertai skuad Sang Badak dari kelab Liga 1 Thailand, Lamphun Warriors.

Sementara pemain Korea Selatan, Park Jungbin menyertai pasukan bimbingan Juan Torres Garrido itu dari Visakha FC.

“Saya bangga dapat menyertai Sabah FC dan akan melakukan segala yang termampu untuk membantu pasukan mencapai sasaran,” kata Kekkonen dalam kenyataan.

Dalam perkembangan sama, Sabah FC turut menandatangani kontrak empat pemain tempatan masing-masing pemain tengah, Abdul Halim Saari dan Fadzrul Danel Mohd Nizam; Fayadh Zulkifli (penyerang); serta Abdul Hanafie Tokyo Abdul Hasim (pertahanan).

Mohd Fadzrul, 28, yang sebelum ini beraksi bersama Imigresen FC berkata, keputusannya menyertai Sabah FC kerana mahu keluar daripada zon selesa serta mencari cabaran baharu.

“Saya merasakan ini masa sesuai untuk mencari cabaran baharu, terus berkembang sebagai pemain dan keluar daripada zon selesa.

Saya percaya Sabah FC mempunyai visi yang selari dengan cita-cita saya dan saya ingin memberikan komitmen 100 peratus untuk membantu pasukan mencapai kejayaan,” katanya. – Bernama

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.