Misi serampang dua mata Izzatul Musfirah di SUKMA Selangor 2026

Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira/ Bernama

KUALA LUMPUR, 3 Ogos- Pelari pecut remaja negara, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira menyasarkan pingat emas sambil memburu rekod baharu acara 100 meter (m) wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, dari 15 hingga 24 Ogos ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Persiapan berjalan lancar; Kejohanan Olahraga Dunia B-20 di Oregon (5–9 Ogos) dijadikan platform uji kemampuan dan pengalaman.
  • Berazam memperbaiki catatan peribadi musim ini 11.71 saat dicatat pada Terbuka Malaysia, Jun 2026.
  • Rekod 100m wanita SUKMA kini dipegang Nur Afrina dengan catatan 11.64 saat pada edisi 2024 di Sarawak.
  • Harap beraksi tenang tanpa kecederaan; kem negara turut menampilkan pelari lain seperti Danish Iftikhar, Muhammad Ariel dan Avinaash Nair.

Atlet Terengganu berusia 18 tahun itu berkata persiapannya kini berjalan lancar, dengan Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) di Oregon, Amerika Syarikat dari 5 hingga 9 Ogos ini menjadi platform terbaik menguji kemampuan serta menimba pengalaman sebelum beraksi pada SUKMA 2026.

“Insya-Allah, saya mahu emas dan yakin dengan latihan yang ada saya mampu untuk pecahkan rekod tersebut (SUKMA 2026),” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Rekod 100m wanita SUKMA kini dipegang Nur Afrina Batrisyia Mohd Rizal yang mewakili Selangor dengan catatan 11:64 saat (s) dilakarnya pada edisi 2024 di Sarawak.

Mengenai penyertaannya di Oregon, Izzatul Musfirah berazam memberikan persembahan terbaik selain mahu memperbaiki catatan peribadi terbaiknya musim ini iaitu 11.71s pada Terbuka Malaysia 2026, Jun lepas.

Pemenang pingat perak 100m wanita SUKMA 2024 itu juga berharap dapat beraksi dengan tenang berdepan wakil dunia lain di Oregon dan mengakhiri saingan tanpa sebarang kecederaan.

Selain Izzatul Musfirah, kem olahraga negara mempertaruhkan pemenang pingat gangsa 100m lelaki Sukan SEA Thailand 2025 Danish Iftikhar Muhammad Roslee dan Muhammad Ariel Iskandar Rusli yang akan turut beraksi dalam acara reben biru tersebut selain kelibat Avinaash Nair Sathiaseelan (400m berpagar lelaki). -BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.