McGregor kembali ke gelanggang Octagon selepas lima tahun

Conor McGregor pada karpet merah ketika menghadiri majlis Turning Point USA Inaugural-Eve Ball di Salamander Hotel, Washington, DC pada 2025/AFP

LOS ANGELES, 17 Mei- Conor McGregor bakal kembali beraksi di pentas Ultimate Fighting Championship (UFC) selepas lima tahun apabila dijadualkan menentang Max Holloway dalam pertarungan ulangan di Las Vegas, Amerika Syarikat pada 11 Julai ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kembali ke Octagon buat kali pertama sejak Julai 2021 selepas mengalami patah kaki ketika tewas kepada Dustin Poirier.
  • Pertarungan mengimbau pertemuan pertama pada 2013 di Boston di mana McGregor meraih kemenangan.
  • Kepulangannya diselubungi isu luar Octagon termasuk penggantungan 18 bulan selepas gagal ujian doping dan beberapa kes perundangan.

Pertarungan UFC 329 itu menyaksikan McGregor kembali ke Octagon buat kali pertama sejak Julai 2021 selepas mengalami patah kaki ketika tewas kepada Dustin Poirier.

Aksi berkenaan turut mengimbau pertemuan pertama kedua-dua petarung pada 2013 di Boston yang menyaksikan McGregor meraih kemenangan ke atas Holloway.

McGregor, 37, merupakan bekas juara dua divisyen UFC dan antara nama paling popular dalam sukan seni bela diri campuran (MMA) dunia.

Namun, kemunculan semula beliau turut diselubungi pelbagai isu di luar Octagon termasuk penggantungan 18 bulan selepas gagal ujian doping serta beberapa kes perundangan sebelum ini.

Pertarungan itu dijangka menjadi antara tumpuan utama kalendar UFC musim ini sekali gus menandakan kemunculan semula besar McGregor dalam arena MMA. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.