Liga Hoki Malaysia: Terengganu benam Mutiara-MSSPP-PSHA-PKS Uniten 4-0

Foto RTM

KUALA TERENGGANU, 30 April – Pasukan Hoki Wanita Terengganu selaku tuan rumah melakar kemenangan bergaya 4-0 ke atas Mutiara-MSSPP-PSHA-PKS Uniten dalam saingan Liga Hoki Malaysia 2026 di Stadium Hoki MBKT Batu Burok, Kuala Terengganu, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Terengganu meraih kemenangan kedua dalam saingan Liga Hoki Malaysia.
  • Nur Nabaa Alia Yusanni buka jaringan pada minit ke-37 melalui pukulan sudut penalti.
  • Nur Farhana (m40), Noor Aisyah (m48) dan Nur Syuhada (m49) menyempurnakan kemenangan dengan tiga gol susulan.

Kemenangan tersebut merupakan yang kedua buat pasukan Pantai Timur itu.

Jaringan pembukaan hadir pada suku ketiga permainan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-37 oleh Nur Nabaa Alia Yusanni.

Tiga minit kemudian, Terengganu menggandakan jaringan menerusi gol padang Nur Farhana Athirah Mohd Faisal selepas menerima bola muntah daripada percubaan rakan sepasukan.

Momentum cemerlang diteruskan apabila Noor Aisyah Syakirah Noor Hisham meledak gol ketiga pada minit ke-48.

Seminit berselang, Nur Syuhada Suhaimi melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah dengan jaringan keempat pada minit ke-49.

Keputusan 4-0 kekal sehingga wisel penamat.