Chelsea rebah lagi, laluan ke UCL makin sukar

Pemain pertahanan Brighton, Ferdi Kadioglu meraikan jaringan pembukaan pasukan ketika menentang Chelsea dalam aksi EPL di Stadium American Express/Foto AFP

UNITED KINGDOM, 22 April – Harapan Chelsea menempah slot Liga Juara Eropah (UCL) musim depan semakin pudar apabila tewas 0-3 kepada Brighton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ferdi Kadioglu menjaringkan gol awal pada minit ke-3 di Stadium American Express.
  • Jack Hinshelwood dan Danny Welbeck menambah dua gol pada babak kedua untuk Brighton.
  • Chelsea tewas lima perlawanan liga berturut-turut tanpa menjaringkan gol, kali pertama sejak 1912.
  • Kini di tangga ketujuh, ketinggalan tujuh mata untuk kelompok lima UCL; tekanan kepada Rosenior semakin memuncak.

Saingan di Stadium American Express menyaksikan skuad kendalian Liam Rosenior ketinggalan seawal minit ke-3 hasil jaringan pemain pertahanan, Ferdi Kadioglu.

Brighton menambah dua lagi gol pada babak kedua masing-masing menerusi pemain tengah, Jack Hinshelwood dan penyerang, Danny Welbeck.

Kekalahan itu menyaksikan Chelsea tewas lima perlawanan liga berturut-turut tanpa menjaringkan gol, kali pertama sejak 1912.

Prestasi buruk berterusan dengan tujuh kekalahan dalam lapan aksi terakhir semua kejohanan, selain hanya satu kemenangan daripada sembilan perlawanan liga.

Chelsea kini di tangga ketujuh, ketinggalan tujuh mata di belakang Liverpool dalam perebutan kelompok lima terbaik ke UCL.

Tekanan terhadap Rosenior semakin memuncak apabila penyokong mula menunjukkan rasa tidak puas hati.

Kekalahan di separuh akhir Piala FA menentang Leeds United Isnin ini berpotensi mengancam kedudukannya selaku pengurus pasukan. – AFP