Aaron-Roy King mara ke final Terbuka Artik, Zii Jia terkandas

Beregu lelaki negara, Aaron Tai-Yap Roy King

KUALA LUMPUR, 11 Oktober – Beregu lelaki negara, Aaron Tai-Yap Roy King mencipta kejutan apabila mara ke perlawanan akhir Terbuka Artik 2026 di Vantaa, Finland, dalam penampilan sulung mereka sebagai pasangan, manakala pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia terkandas di separuh akhir.

RINGKASAN BERITA AI
  • Aaron-Roy King tewaskan beregu Denmark Christian Faust Kjaer dan Rasmus Kjaer 21-14, 21-16 dalam 37 minit.
  • Kemenangan itu melayakkan mereka berdepan wakil Taiwan Lai Po Yu-Tsai dan Fu Cheng di perlawanan akhir.
  • Lee Zii Jia tewas kepada Anders Antonsen 11-21, 21-15, 16-21 dalam aksi separuh akhir.
  • Zii Jia sebelum ini menyingkirkan Christo Popov 21-11, 21-16; kini di ranking ke-56, menunjukkan perkembangan positif.

Aaron-Roy King mempamerkan aksi meyakinkan apabila menewaskan beregu Denmark, Christian Faust Kjaer-Rasmus Kjaer, 21-14, 21-16 pada aksi separuh akhir yang berlangsung selama 37 minit.

Kemenangan itu membolehkan pasangan negara berkenaan melangkah ke final untuk berdepan wakil Taiwan, Lai Po Yu-Tsai Fu Cheng, bagi merebut gelaran juara.

Sementara itu, kemaraan Zii Jia dalam kejohanan berstatus Super 500 itu terhenti selepas beliau tewas kepada pemain Denmark yang menghuni ranking keenam dunia, Anders Antonsen, dalam pertarungan tiga set 11-21, 21-15, 16-21.

Keputusan itu menyaksikan Antonsen kini mendahului rekod pertemuan dengan Zii Jia selepas kedua-dua pemain sebelum ini terikat dengan lima kemenangan daripada 10 pertemuan.

Bagaimanapun, Zii Jia tetap menunjukkan perkembangan positif apabila menyingkirkan pemain nombor dua dunia dari Perancis, Christo Popov, 21-11, 21-16 pada aksi suku akhir, Jumaat lalu.

Kemenangan itu menjadi petanda positif buat pemain yang kini menduduki ranking ke-56 dunia berkenaan dalam usaha mengembalikan prestasi terbaiknya di pentas antarabangsa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.