PDRM siasat dakwaan kegiatan kumpulan jenayah terancang dari Nigeria

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 17 November – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan bagi mengesahkan kesahihan dakwaan bahawa terdapat kegiatan organisasi jenayah terancang dari Nigeria dikenali sebagai De Norsemen Kclub International (DNKI) atau Vikings di Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • PDRM masih menjalankan siasatan untuk mengesahkan kesahihan maklumat mengenai kegiatan yang didakwa.
  • Timbalan Pengarah Risikan/Operasi JSJ Datuk Mohd Sukri Kaman mengesahkan siasatan berjalan; sebarang perkembangan akan dimaklumkan.
  • Dakwaan timbul daripada hantaran di media sosial yang menyatakan organisasi tersebut kini bertapak di Malaysia.
  • Hantaran mendakwa sebahagian anggota memasuki negara menggunakan visa pelajar dan dikaitkan dengan perhimpunan memaparkan logo.

Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Mohd Sukri Kaman berkata siasatan masih dijalankan bagi mendapatkan pengesahan berhubung maklumat berkenaan.

“Untuk makluman, pihak kami masih menjalankan siasatan bagi mengesahkan kesahihan maklumat tersebut.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dakwaan mengenai kumpulan itu menjadi perhatian susulan satu hantaran di media sosial yang mendakwa organisasi itu kini bertapak di Malaysia.

Hantaran itu turut mendakwa sebahagian anggota kumpulan berkenaan memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar sebelum direkrut menjadi ahli, selain mengaitkan kegiatan mereka dengan beberapa aktiviti mencurigakan termasuk perhimpunan yang memaparkan logo dan simbol kumpulan berkenaan.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.