
SIBU, 8 November -Sembilan suspek direman tujuh hari hingga 15 November ini bagi membantu siasatan kes kematian seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai ditikam dalam pergaduhan di bandar berkenaan semalam.
- Bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian dada.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- Kesemua suspek berusia antara 16 hingga 42 tahun dibawa ke mahkamah pada 7.15 pagi bagi permohonan reman.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam kenyataan berkata kesemua suspek berusia antara 16 hingga 42 tahun dibawa ke mahkamah pada 7.15 pagi tadi bagi permohonan reman.
Beliau berkata bedah siasat yang selesai hari ini mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian dada.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu memulakan usaha mengesan individu yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu selepas menerima laporan kira-kira 2 pagi semalam.
Kesemua suspek ditahan di beberapa lokasi sekitar Sibu antara 10 pagi hingga 4 petang semalam hasil risikan dan siasatan polis.