Dua wanita cedera restoran terbakar di KL

Foto JBPM

KUALA LUMPUR, 8 November – Dua wanita mengalami kecederaan selepas sebuah restoran dua tingkat di Jalan Tun Sambanthan di sini musnah dalam kejadian kebakaran, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM terima panggilan kecemasan pada 3.04 pagi; 35 anggota dan sembilan jentera dari tiga BBP dikerahkan ke lokasi.
  • Kebakaran memusnahkan bahagian bawah restoran sepenuhnya; bahagian atas mengalami kerosakan sekitar 50 peratus.
  • Mangsa berusia 24 dan 34 tahun mengalami kecederaan tangan kanan dan patah tangan kiri; dirawat awal dan dihantar ke HKL.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.04 pagi sebelum menggerakkan seramai 35 anggota bersama sembilan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, BBP Pantai dan BBP Seputeh ke lokasi kejadian.

“Kebakaran menyebabkan bahagian bawah restoran musnah sepenuhnya, manakala bahagian atas mengalami kerosakan sebanyak 50 peratus.

“Dua mangsa wanita berusia 24 dan 34 tahun mengalami kecederaan pada tangan kanan serta patah tangan kiri. Kedua-duanya diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” menurut kenyataan itu hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.