Pasangan suami isteri maut, dua kanak-kanak cedera

Kemalangan maut di Jalan Yong Peng-Muar, Batu Pahat

BATU PAHAT, 1 November – Pasangan suami isteri maut selepas kenderaan dinaiki dihempap sebuah lori di Jalan Yong Peng-Muar, di sini tengah hari tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dua anak mereka terselamat; nahas dipercayai berlaku kira-kira 12.15 tengah hari.
  • Kemalangan menyebabkan kematian Mohd Hardi Mohd Husin, 46, dan Tengku Syafirana Tengku Abdullah, 44.
  • Dua anak berusia 11 dan 8 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.
  • Operasi dijalankan oleh sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan I Mohamad Alif Halim dalam kenyataan memaklumkan, dua anak mereka yang berada di dalam kenderaan sama, terselamat dalam nahas dipercayai berlaku kira-kira 12.15 tengah hari itu

“Kemalangan itu menyebabkan kematian Mohd Hardi Mohd Husin, 46 tahun dan Tengku Syafirana Tengku Abdullah, 44 tahun.

“Manakala dua anak mangsa, berusia 11 dan 8 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat,” menurut kenyataaan itu.

Operasi berkenaan dilakukan sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.