
MERLIMAU/DUYONG, 31 Oktober – Dua calon daripada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) selesai mengemukakan borang pencalonan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Merlimau di Dewan Platinum Politeknik Merlimau, Jasin, pagi ini.
- Calon PH Rahayu Hamzah dan BN Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh serah borang pencalonan pada 9.12 pagi.
- Kedua calon diiringi pencadang serta penyokong masing-masing semasa penyerahan borang.
- Di DUN N.21 Duyong, Poo Long Suan dan Datuk Mohd Nor Helmy serah borang di Dewan Kompleks Japerun Duyong.
- Kesemua 28 pusat penamaan calon PRN Melaka ke-16 dibuka serentak dari 9 hingga 10 pagi.
Calon PH, Rahayu Hamzah dan calon BN, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, masing-masing menyerahkan borang pencalonan pada 9.12 pagi, diiringi pencadang serta penyokong masing-masing.
Sementara itu, di DUN N.21 Duyong, dua calon daripada PH dan BN turut hadir mengemukakan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon, Dewan Kompleks Japerun Duyong.
Calon PH, Poo Long Suan dan calon BN, Datuk Mohd Nor Helmy Abdul Halem yang hadir bersama pencadang serta penyokong masing-masing.
Kesemua 28 pusat penamaan calon bagi PRN Melaka ke-16 dibuka serentak dari 9 hingga 10 pagi bagi membolehkan calon menyerahkan borang pencalonan masing-masing sebelum senarai calon yang layak bertanding diumumkan secara rasmi.