TVET penyelenggaraan motosikal sedia pendapatan lumayan

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid (tengah) menghadiri Sesi Sembang Santai MotoGP / Foto RTM

SEMENYIH, 30 Oktober – Golongan belia digalak menceburi bidang penyelenggaraan motosikal menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berikutan prospek kerjaya serta potensi pendapatan lumayan dalam industri permotoran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Permintaan tinggi bagi mekanik berkemahiran, terutama motosikal berkuasa tinggi, membuka lebih banyak peluang kepada tenaga mahir tempatan.
  • Peserta TVET bidang pembaikan motosikal berpotensi memperoleh gaji minimum sekitar RM3,500 selepas memasuki sektor pekerjaan.
  • Terdapat lima institusi TVET memberi tumpuan kepada latihan pembaikan motosikal, terutamanya motosikal berkuasa tinggi.
  • Perkukuh penglibatan institusi seperti GIATMARA dan luaskan kerjasama industri perlumbaan bagi meningkatkan latihan praktikal dan pendedahan teknikal.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, permintaan terhadap mekanik berkemahiran tinggi, khususnya bagi motosikal berkuasa tinggi, membuka ruang lebih luas kepada tenaga mahir tempatan.

“Bayangkanlah jika ini kita galakkan dan ramai pelumba-pelumba dari Malaysia akan berada di peringkat antarabangsa, mereka akan membawa mekanik ini untuk bersama dengan mereka.

“Dari segi pendedahan, saya fikir ini adalah satu pendekatan yang baik yang boleh kita galakkan untuk meramaikan lagi mekanik motor perlumbaan dan motosikal berkuasa tinggi dari Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Sembang Santai MotoGP anjuran AZH Club yang menghimpunkan lebih 3,000 peminat sukan permotoran di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata, belia yang mengikuti latihan TVET dalam bidang pembaikan motosikal berpotensi memperoleh gaji minimum sekitar RM3,500 apabila memasuki sektor pekerjaan.

Menurut beliau, ketika ini terdapat lima institusi TVET yang memberi tumpuan kepada latihan pembaikan motosikal, khususnya motosikal berkuasa tinggi.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata, penglibatan institusi TVET termasuk GIATMARA boleh diperkukuh bagi meningkatkan kemahiran teknikal dan memenuhi keperluan industri permotoran.

Kerjasama dengan pihak berkaitan industri perlumbaan juga boleh diperluas bagi meningkatkan latihan praktikal serta pendedahan teknikal kepada pelatih.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.