Pertempuran tentera Yaman, Houthi berterusan di Taiz

Foto VIORY

TAIZ, 27 Oktober – Pertempuran antara tentera Yaman dengan kumpulan Houthi terus berlaku di bandar Taiz, Yaman.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tentera Yaman melancarkan serangan di kawasan tanah tinggi Midan, disertai tembakan artileri dan kemaraan darat dengan kepulan asap kelihatan.
  • Pesawat perang melancarkan lapan serangan udara ke atas lokasi Houthi termasuk Al-Taba Al-Hamra, bukit Al-Khazzan dan Al-Midan.
  • Media ketenteraan Houthi mendakwa menembak jatuh sebuah pesawat peninjau tanpa pemandu bersenjata milik Arab Saudi; Arab Saudi belum mengulas.

Kenderaan tentera melepaskan tembakan artileri, manakala anggota tentera mara di darat dengan kepulan asap kelihatan di kawasan pertempuran.

Tentera Yaman memaklumkan pihaknya melancarkan serangan di kawasan tanah tinggi Midan, di barat bandar Taiz.

Pertempuran turut dilaporkan berlaku di Al-Shaqab, Al-Aqroud, sekitar Gunung Han dan Al-Dabab.

Menurut tentera Yaman, pesawat perang turut melancarkan lapan serangan udara ke atas lokasi dan kawasan tumpuan kumpulan Houthi, termasuk di Al-Taba Al-Hamra serta kawasan bukit Al-Khazzan dan Al-Midan.

Sementara itu, media ketenteraan yang dikaitkan dengan Houthi mendakwa pihaknya berjaya menembak jatuh sebuah pesawat peninjau tanpa pemandu bersenjata milik Arab Saudi ketika melakukan operasi di ruang udara wilayah Taiz.

Bagaimanapun, tiada kenyataan dikeluarkan Arab Saudi berhubung dakwaan itu setakat laporan ini diterbitkan.

Pada awal Oktober lalu, tentera kerajaan Yaman melancarkan operasi yang dinamakan Fajar Yaman, dengan matlamat memulihkan institusi negara, membebaskan ibu negara Sanaa dan menamatkan penguasaan kumpulan Houthi, menurut pihak kerajaan. – VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.