Kesejahteraan isi rumah meningkat, jurang pendapatan kekal cabaran – KRI

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Oktober – Kesejahteraan isi rumah di Malaysia terus menunjukkan peningkatan didorong pertumbuhan pendapatan, penyertaan tenaga buruh yang lebih tinggi serta akses hampir menyeluruh kepada kemudahan asas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kemajuan tidak diagihkan sama; jurang pendapatan, peluang pekerjaan dan tekanan kos sara hidup menekan isi rumah berpendapatan rendah.
  • Kumpulan 10% terbawah mengalami kenaikan perbelanjaan besar dan hanya mempunyai baki 1.8% pendapatan kasar selepas perbelanjaan.
  • Perubahan gaya hidup meningkatkan perbelanjaan makan di luar dan memburukkan isu kesihatan serta penurunan aktiviti fizikal, terutamanya di bandar.

Bagaimanapun, kemajuan itu masih tidak dinikmati secara sama rata berikutan perbezaan pendapatan, peluang pekerjaan dan tekanan kos sara hidup yang lebih dirasai isi rumah berpendapatan rendah.

Menurut laporan terbaharu Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), perbelanjaan median isi rumah meningkat kepada RM4,758 sebulan dengan kumpulan 10 peratus terbawah mencatatkan peningkatan perbelanjaan sebanyak 21.3 peratus antara 2019 hingga 2024.

“Lebih membimbangkan menerusi angka ini, isi rumah dalam kumpulan berkenaan hanya mempunyai baki 1.8 peratus daripada pendapatan kasar selepas perbelanjaan penggunaan pada 2024, merosot daripada 10.8 peratus pada 2019.

“Keadaan itu mengehadkan keupayaan mereka untuk menghadapi kenaikan kos sara hidup, selain mengurangkan ruang kewangan untuk simpanan dan menampung komitmen lain,” jelas KRI dalam laporan bertajuk ‘From Income to Wellbeing: The State of Households 2026’ yang dikeluarkan hari ini.

Menurut laporan itu, perubahan dalam persekitaran makanan dan gaya hidup turut memberi kesan kepada kesihatan dengan isi rumah di Malaysia berbelanja lebih banyak untuk makan di luar pada 2024 dengan purata RM902.70 sebulan berbanding perbelanjaan makanan di rumah sebanyak RM875.80.

“Trend ini dikenal pasti di tengah-tengah kebimbangan yang kian meningkat mengenai tahap kesihatan rakyat dengan lebih separuh daripada orang dewasa di Malaysia dikategorikan sebagai mempunyai berat badan berlebihan atau obes pada 2023,” jelas KRI.

Pada 2023, sebanyak 32.6 peratus orang dewasa di Malaysia mengalami berat badan berlebihan manakala 21.8 peratus lagi obes, sekali gus menjadikan lebih separuh daripada populasi dewasa (54.4 peratus) melebihi julat berat badan sihat.

Laporan itu turut menekankan beberapa trend kesihatan membimbangkan yang lain, termasuk penurunan tahap aktiviti fizikal antara 2019 dan 2023, terutamanya di kawasan bandar yang mungkin jenis pekerjaan, pilihan pengangkutan, gaya hidup dan persekitaran tempat tinggal mempengaruhi tahap keaktifan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.