RUU Entiti Milik Kerajaan dijadual dibentang di Parlimen tahun ini

Datuk Seri Anwar / Foto Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Oktober – Rang Undang-Undang Entiti Milik Kerajaan (State-Owned Enterprises Act) sedang dimuktamadkan dan dijadual dibentangkan di Parlimen tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • RUU digubal untuk memperketat kawal selia tadbir urus agensi serta syarikat berkaitan kerajaan.
  • Keperluan itu timbul selepas beberapa kes pecah amanah dan kelemahan pengurusan aset serta pelaburan berskala besar.
  • Perdana Menteri menekankan peraturan mesti lebih kemas kerana kerugian akibat pelanggaran tadbir urus mencecah berbilion ringgit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, RUU itu digubal bagi memperketat kawal selia terhadap agensi serta syarikat berkaitan kerajaan berkait aspek tadbir urus.

Menurutnya, keperluan itu timbul selepas beberapa kes pecah amanah serta kelemahan dalam pengurusan aset dan pelaburan berskala besar.

“Ini untuk kawal selia supaya peraturan itu lebih kemas. Pelanggaran itu terlalu ketara sehingga ruginya bukan sedikit, tetapi berbilion ringgit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan ahli parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Datuk Seri Dr Zaliha meminta penjelasan mengenai langkah kerajaan memperketat tatacara kewangan, khususnya kelulusan pelaburan berskala besar oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.