Jerebu: 27 kawasan catat IPU tidak sihat, Johan Setia tertinggi

Keadaan jerebu menyelubungi kawasan Cheras, Kuala Lumpur pagi ini./ RTM

KUALA LUMPUR, 19 Oktober – Sebanyak 27 kawasan di seluruh negara merekodkan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 10 pagi ini, dengan Johan Setia, Selangor mencatat bacaan tertinggi iaitu 172.

RINGKASAN BERITA AI
  • Beberapa kawasan di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Pahang dan Putrajaya merekodkan IPU pada bacaan tidak sihat.
  • IPU diterangkan: 0 hingga 50 baik; 51 hingga 100 sederhana; 101 hingga 200 tidak sihat; 201 hingga 300 sangat tidak sihat; >300 berbahaya.
  • Orang ramai dinasihatkan pantau APIMS dan kurangkan aktiviti luar, terutamanya kanak-kanak, warga emas dan individu berpenyakit.

Data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar, menunjukkan Nilai, Negeri Sembilan dan Bukit Rambai, Melaka masing-masing merekodkan IPU 168, diikuti Alor Gajah, Melaka dengan 165.

Seremban, Negeri Sembilan dan Bandaraya Melaka masing-masing mencatat bacaan 164, manakala Tangkak, Johor merekodkan IPU pada paras sama.

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Batu Muda mencatat IPU 162, sementara Cheras merekodkan 155.

Petaling Jaya, Selangor pula mencatat bacaan 160, diikuti Klang (158), Banting (156) dan Shah Alam (154).

Di Johor, selain Tangkak, Pasir Gudang merekodkan IPU 162, Batu Pahat (158), Kota Tinggi (157), Kluang dan Larkin masing-masing 153, manakala Pengerang mencatat 132.

Bagi Sarawak, IPU di IPD Serian ialah 153, Kuching (152) dan Samarahan (128).

Sementara itu, Putrajaya mencatat IPU 155, Rompin, Pahang (158), Indera Mahkota Kuantan (149) dan Seri Manjung, Perak (115).

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

Orang ramai dinasihatkan supaya mengikuti perkembangan kualiti udara melalui APIMS serta mengurangkan aktiviti luar sekiranya keadaan udara tidak sihat, khususnya bagi golongan kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.